Monday, July 26, 2010

Pahitnya KEBENCIAN...Manisnya KEMAAFAN...~

Pernah sahabat-sahabat merasakan benci pada seseorang? Bagaimana rasa di hati sahabat? Lebih tenang atau sebaliknya? Benci ini adalah salah satu penyakit hati yang tidak dapat memberi ketenangan pada jiwa dan diri. Terdetik rasa bersalah dan keegoan yang membinasakan. Terasa hati di selubungi rasa kebusukan atas satu perasaan bernama BENCI. Tidak dapat memandang wajah pada yang di benci kerana rasa bagai terlalu sakit menusuk hati. Lihatlah betapa KEBENCIAN itu dapat meruntuhkan ukhwah. Jadi mengapa masih membenci? Biarkan yang berlalu terus berlalu. Pandanglah ke hadapan dengan hati yang menjurus kearah ketenangan dan kebahagiaan. Tiada untungnya membenci saudara sendiri. Kita semua adalah sama di ciptakan Allah S.W.T cuma yang membezakan adalah ketaqwaan kepada-Nya. Bersama-sama lah kita menyucikan hati dari persaan BENCI yang akhirnya memakan diri sendiri. Tempias busuknya rasa benci itu akan terus menghantui diri jika tiada ubatnya.

Teringat pada kata-kata seorang insan yang sering mentarbiyah diri ini:
"Hilangkan rasa benci dari hatimu...akan kamu rasa ketenangan yang tiada hujungnya...maafkan dia..."

Apabila kata MAAF terungkap di bibir yang menterjemah rasa dari hati. Ketenangan datang menusuk segenap sanubari. terasa bagai terlepas satu bebanan yang amat berat yang dipikul selama ini. Indahnya kata MAAF. Wangian yang menyerbu segala pelusuk nurani. Terasa bahagia hidup atas kata MAAF. Memaafkan begitu memberi kesan yang mendalam. Bukan ketandusan senyuman dan kemakmuran bahkan kemenangan atas segala unsur kebahagiaan dan ketenangan. Itulah manisnya nikmat KEMAAFAN. Seringkali kita mendengar "sedangkan nabi ampunkan umat", tapi pernahkah kita terfikir nikmat KEMAAFAN itu? Murninya hati si pemaaf. Allah S.W.T adalah Yang Maha Pengampun seperti yang berfirman :


"Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan (curi) itu dan memperbaiki amal usahanya, sesungguhnya Allah menerima taubatnya; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."-Al-Maidah(5):39

dan terbukti nikmat kemaafan itu seperti yang termaktub dalam Al-Quran :

"Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim."-Asy-syura(42):40

BUATMU~

Seusai solat di sepertiga malam itu, ku lakarkan sebuah puisi buat yang sering mentarbiyah diri ini. Tidak terluah dek ucapan bicara hanya sekadar lakaran atas sekeping kertas di pandu sebatang pen. Ku lirikkan sebaris demi sebaris.


Kamu…….
Pada saat itu tidak pernah terlintas di hati bahawa sejauh ini harapanku…
Ia hadir tanpa sedar…
Kamu tidak perlu tahu…
Cukup sekadar aku merasainya….
Biarkan terus tersimpan rapi…
Bukan keegoan menjadi taruhan....
Cuma biar tetap di dalam kenangan aku…
Kamu pandu segala tarbiyah…
Kamu mengajar erti ketenangan…
Kamu timbun kata-kata nasihat….
Kamu memberi semangat kemaraan…
Kamu menyimpul satu kekuatan azimat…
Itu kamu…
Mendekatimu jua semakin mendekatkan aku dengan Maha Kuasa…
Istiqamahmu menjadi teladan buatku…
Agamamu menjadi pengikat perasaan itu…
Cahaya yang kamu bawa mula sinari sehari demi sehari…
Duhai ilahi….indahnya saat itu…
Tiada lagi kesunyian dulu…
Tiada lagi duka melanda…
Terasa dekat bersama-Mu….
Bila kamu mulai jauh…
Terasa bagai ada yang tidak kena…
Ya ALLAH........
Jika ia dapat melalaikan aku…jauhi aku dari rasa begini…
Jika ia dapat melekakan aku terus-terusan….hindari persaan itu…
Dan jika benar dia milik ku….
Satukan hati kami bila tiba masanya kelak….
Dan jika benar dia bukan milikku…
Aku redha akan ketentuan-Mu…
Tenangkan hatiku….dan pisahkan kami sebaiknya…
Jangan ada sengketa…
Walau kamu kini jauh…
Doaku sentiasa ada buatmu….
Moga istiqamahmu terus terpahat kukuh di pelusuk kalbumu…
Moga terus kekal semangat perjuangan mujahidmu….
Moga kamu jua bahagia selalu…
Jika takdir-Nya aku pergi selamanya….
Satu yang aku ingin ucapkan…
Terima kasih atas segalanya….
Tarbiyahmu……itu terlalu bernilai…
Maafkan aku……………

MENUNGKAH ARUS~


Bercambah rasa keinginan
mencari jalan cahaya...
menatap tabir ketandusan...
tidak mahu tertewas…
dalam kancah dunia…
meniti sebuah kehidupan...
langkah di atur lagi...
dalam doa mencari Ilahi...
mencari ketenangan abadi...
di sisimu Ya Rabbi...
tika dugaan dan cubaan hadir menerjah...
sujud pada-NYA tiada henti..
mencari kekuatan di sebalik dugaan...
mencari ketenangan di sebalik cubaan...
mencari jawapan di sebalik persoalan...
saudaraku…
istiqamahmu adalah sebuah kekuatan…
tarbiyahmu menjadi sumber pengajaran…
moga Allah memberi ketabahan dan jalan buatmu…
teruskan berdakwah wahai saudaraku…
doaku sentiasa mengiringi langkahmu…
didik jua aku sepertimu…
demi ISLAM sejati…
menagih CINTA YA MUHAIMIN…
menagih RINDU SYURGA YA RABBUL IZZATI…

KERINDUAN PADA KENANGAN~


Di takdirkan Allah kita bertemu…
Membina teguh satu bahtera PERSAHABATAN…
Berlayar menungkah arus….
Menyusun laluan demi redha-Nya…
Bersama mengharungi hari mendatang…
Melangkah mencari ruang untuk ke hadapan…
Bersimpul kepada Rahmat Yang Esa…
Kita terus mencipta memori…
Atas kasih sayang kepada-Nya…
Kita mendamba segala keselesaan dunia kebahagiaan akhirat…
Kita mencari cahaya itu….
Duhai sahabat….
Tika aku terjatuh terasa lemah menusuk jiwa….
Kau hadir memberi semangat..
Untuk ku terus melangkah…dan terus melangkah….
Ya Allah….betapa aku bersyukur atas kurniaan-Mu…
Temukan aku bersama insan bernama SAHABAT ini…
Bersama gembira bersama harungi kesusahan…
Terima kasih duhai SAHABAT…
Walau jasad terpisah jauh..
Ku tinggalkan kenangan buatmu…
Moga tidak terpadam dalam hatimu…
Kenangan kita bersama…
Aku menyayangimu kerana Allah…..
Atas redha-Nya….
Moga ada pertemuan sekian kalinya….
Jika tidak di dunia….
Moga di syurga kelak…..
InsyaALLAH…….

BUATMU SAHABAT……………………

Wednesday, July 21, 2010

BESAR JASAMU GURU~




Mengapa aku memilih kerjaya ini? Mengapa? Teringat aku suatu ketika dahulu guru Matematik Tambahan aku pernah berkata,
“Ina, mengapa kamu mahu memilih bidang Pendidikan Khas? Kalau macam tu lebih baik jangan ambil matapelajaran Matematik Tambahan!” .
Ouch.. Aku terkesima.. Mengapa guruku? Salahkah aku memilih bidang Pendidikan Khas?

Sekali lagi aku dilemparkan tomahan ketika aku ingin memilih bidang Pendidikan Khas sebagai bidang yang ingin aku ceburi setelah tamat menduduki peperiksaan SPM oleh ibu saudaraku yang tidak bersetuju denganku.
“Ang nak mengajaq anak-anak cacat ka? Biaq betui..Ambikla kursus yang bagus sikit…Tolongla…”
Mengapa ibu saudaraku? Salahkah aku memilih bidang Pendidikan khas?

Suatu hari, jiranku datang kepadaku...
Agak pelik kelakuannya.. Bergerak ke sana ke sini. Ketawa berdekah-dekah. Lantas dia berkata kepadaku,
“Aku berlakon jadi budak cacat.. Hang kan nak mengajaq budak cacat..”
Ku dengar hilai tawanya semakin panjang.Aku menarik nafas panjang. Ya Allah, salahkah aku memilih bidang pendidikan Khas? Mengapa jiranku? Salahkah aku memilih bidang Pendidikan Khas?

Di suatu pagi yang cerah.Ibuku menghampiri aku.
” Emm…Mak dengaq orang tua-tua kata kalau mengajaq budak-budak cacat ni nanti kena tulah..Ang tau apa dia tu.Kalau esok hang dah berkeluarga, dah mengandung.Hang pergi sekolah,lepas tu mengajaq budak-budak cacat.Hang tak takut esok-esok anak hang lahir cacat
jugak? Macam budak-budak cacat yang hang mengajaq tu?”
Wahai ibuku, hancur luluh hati anakmu mendengar luahanmu.. Mengapa ibuku? Salahkah aku memilih bidang Pendidikan Khas?



Ketika aku berada di tingkatan empat, ku lihat wajah-wajah yang mengharapkan perhatian. Ku lihat ada sinar di wajahnya. Ada yang bersifat keanak-anakan sedangkan usia mereka sebaya denganku malah lebih tua dariku. Aku sering memandang ke tingkap kelasku. Ceria mereka mengusik guru-guru mereka. Aku melihat lagi, seorang pelajar perempuan yang mungkin sebaya denganku memeluk gurunya seerat-eratnya. Senyuman ikhlas terpancar diwajahnya. Mungkin ingin luahan rasa terima kasih kepada gurunya. Mungkin sayangkan gurunya. Mungkin dia memerlukan perhatian dan belaian kasih sayang yang tak terhingga. Kenangan lama terpaut kembali andai aku pulang ke desa. Sememangnya memberi nostalgia lama dan menggamit seribu kenangan.

Mengapa? Kerana di situlah cintaku mula bercambah. Bercambah dan semakin bercambah.Ya! Aku memilih bidang perguruan. Aku ingin menjadi seorang guru Pendidikan Khas. Itu matlamatku. Akhirnya terlaksana jua keinginanku kerana aku dapat melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan Guru di utara tanah air. Bidang Pendidikan Khas tetap menjadi pilihanku. Hari berganti hari. Sudah genap dua tahun aku menjadi seorang pelajar dan bakal guru demi menggemgam segulung ijazah dalam bidang Pendidikan khas.

Kesabaran tetap menjadi kunci dalam hidupku. Perit jerih aku di institut tidak
mematahkan semangatku demi bergelar seorang pendidik. Tahun pertama aku di
institut pendidikan guru, aku diberi latihan keguruan. Selama seminggu aku perlu ke
sekolah untuk menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah. Selama seminggu, aku
datang ke sekolah. Menuju kelas yang sama. Kelas Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran. Aku melihat realitinya. Ya! Memang ini yang akanku hadapi kelak.

Kanak-kanak hiperaktif, Sindrom Down, Disleksia, autisme, Slow learner..
Ya, Allah, kuatkan semangatku demi cinta ini.
“Aku cokelat superman…”
“Aku sak bisa nagis….”
“Bia kelisih ku pei ninggalkanku..”
Lamunanku terhenti. Aku melihat Nasrullah seorang kanak-kanak menyanyi dengan gembiranya. Tiada apa yang perlu difikirkan oleh kanak-kanak ini. Hanya bauan syurga yang bakal menggamitnya.

Setiap hari aku di kelas itu, anak-anak bakal penghuni syurga ini akan menghulurkan
tangan. Salam tanda hormat kepada gurunya. Hatiku merintih sayu.Syahdu.Tidak
dapat ku gambarkan betapa syahdunya hati ini kerana setiap hari bakal penghuni
syurga ini akan selalu tersenyum kepadaku. Bersalam denganku.
Ya, Allah aku amat bersyukur dengan nikmat yang engkau berikan . .

Wahai dunia... Ingin aku katakan.. Anak-anak kecil tanpa berdosa ini memerlukan kasih
sayang. Perhatian yang tidak terhingga. Jadikanlah kesabaran melekat di hati agar
amanah yang Allah berikan tidak disia-siakan. Aku ingin jua katakan kepada diriku..
Wahai Hati, tabahlah.. Engkau bakal menjadi guru.Guru pendidikan Khas. Jangan engkau
mengingkari janji-janji kepada Tuhanmu. Jangan sesekali-kali. Perbanyakkanlah ilmu di
dada. Engkau guru yang teristimewa!






Ya.... Sangat istimewa...
Ya Allah berikan aku ketabahan.. Berikan kepadaku hati yang ikhlas untuk anak-anak
ini..Demi Kasih ini, akanku hadapi dengan berbekalkan keazaman!

~PERKONGSIAN CERITA DARI http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2708~

Sunday, July 18, 2010

SYAHDU~


Menitis air mata di saat ku alunkan bacaan....
terasa terlalu kerdil..
mencari erti pada setiap kata...
mencari makna pada setiap baris bicara...
indah dan terlalu indah...
senduku kian menapak...
ku terus alunkan...
mendalam maknanya hingga menusuk di segenap sanubari ini...
Ya ALLAH........
syahdu aku di malam sepi....
menghambakan diri pada ILAHI....
ku terus alunkan bacaan ini....
menemani malamku.........
indah dan syahdu........


AL-FATIHAH


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam

Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Yang Mengusai pemerintahan hari Pembalasan

Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan engkaulah sahaja yang kami mohon pertolongan

tunjukkan lah kami jalan yang lurus
iaitu jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau murkai, dan bukan pula (jalan) mereka yang sesat.
ameen~


MENGGAMIT HATI....~

Aku terpandang pada satu buku yang terletak pada rak itu. Buku-bukunya tersusun rapi. Mata ku terpana memandang satu novel yang tertajuk WARKAH CINTA BERBAU SYURGA. Terasa sudah lama tidak punyai bahan bacaan sebegini. Buku-buku bergenre ilmiah menjadi pilihanku sejak akhir-akhir ini. Dari segi ilmu dunia mahupun ilmu akhirat, semuanya aku baca. Perlu aku rasa untuk menambahkan ilmu di dada. Bukan sahaja panduan untuk di dunia malah bekalan untuk akhirat. Sememangnya aku menggemari penulisan novel ini. Jika di izinkan Allah, buku tulisanku sendiri akan di terbitkan. InsyaAllah...semuanya dalam perancangan dan pembikinan. Moga perancanganku ini sejajar dengan telah direncanakan oleh-Nya. Lalu tangan ini laju mencapai novel itu.

Susunan cerita yang menarik. Kepada sesiapa yang tidak pernah ke mesir, dapat merasakan bahawa kita sedang berada di sana pada ketika membaca novel tersebut. Penulis ini benar-benar berjaya membawakan pembaca menjejaki negara timur tengah itu. Amat menarik. Konflik hati yang diselesaikan dengan cara paling sesuai sebagai seorang islam. Kembali kepada pencipta dan redha akan ketentuan takdirnya. Cara mengawal keinginan hati yang mana jika tersalah langkah bisa membawa ke arah kemungkaran dan kemudaratan berpanjangan. Seorang muslimin yang tegas penderiaannya demi islam tercinta. Perbatasan hubungan lelaki dan perempuan. Dalam penulisan ini juga, penulisan berjaya mentarbiyah pembaca dengan cara halus hasil penulisannya. Tahniah buat penulis A. UBAIDILLAH ALIAS. Terkesan di hati.

Pada pertengahan tahun 2010, sedang sibuk membeli barangan belajar untuk memasuki semester baru, kaki laju melangkah ke arah papan tanda "NOVEL". Sekali lagi hati terdorong ke situ. Mata laju mencari buku terbitan PTS atau Telaga Biru. Pandanganku sekali lagi terhenti pada buku hasil tulisan A. UBAIDILLAH ALIAS. Tangan rajin mengambilnya dari deretan novel-novel di situ. Perlukah aku membelinya? Perlu ku tanya pada ummi tersayang dan dengan izin ummi aku membeli novel yang bertajuk KALA CINTA DAN WAHYU BERSATU. Ya ALLAH....betapa terkesimanya aku ketika membaca sinopsis yang ada di belakang buku tersebut. Rupanya buku ini sambungan kepada buku WARKAH CINTA BERBAU SYURGA. Pasti ada sesuatu yang lebih menarik.

Terdapat banyak bait-bait kata yang menyentuh jiwa. Terkadang bagaikan berada di tempat si watak. Kali ini lebih banyak yang pembaca dapat pelajari. Bagaimana mengawal rasa hati? Islam sebagai panduan sejati. Mengajar kita menghadapi dugaan yang mendatang tanpa di duga. dan sesungguhnya Hidup, Mati, Jodoh dan Pertemuan di tangan Allah. Tanpa kita pinta ia datang, tanpa kita duga ia hadir, tanpa kita impi ia menjengah tiba dan dasarnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu yang tidak kita ketahui.

Thursday, July 15, 2010

DUGAAN ITU INDAH~


Tidak terduga oleh akal manusia bila dugaan akan datang dan menjengah ke dalam diri...
terkadang tidak terlintas ianya terkena ke atas diri kita...
siapa lah kita untuk meramal masa depan???
segalanya sudah tercatat di luh mahfuz...
cuma kadang-kadang terlintas di hati kita tidak kuat untuk melaluinya...
terasa berat setiap langkah...
terasa hiba menusuk kalbu...
tapi pernahkah kita terfikir sesuatu....
bahawa Allah Maha Mengetahui segala sesuatu yang tidak kita ketahui...
perancangan-Nya adalah yang terbaik...
sebenarnya...dugaan itu indah...
kita tidak leka untuk melupakan-Nya....
setiap detik berlalu...kita sentiasa mengingati-Nya....
tiada cinta selain buat-Nya...
tiada rindu melainkan kepada-Nya....
tiada terhapus setiap inci doa hanya pada-Nya...
indah bukan dugaan itu?




"Ya Allah.....aku berdoa moga terus anugerahkan aku kekuatan untuk melalui dugaan-Mu...
terus kurniakan aku ketabahan untuk menempuh segala cubaan-Mu...
moga terus ditetapkan imanku agar sentiasa berada di landasan jalan-Mu....
sesungguhnya aku amat merindui kewangian syurga-Mu.....ameen....~"


Wednesday, July 14, 2010

~SELAMAT BERJUANG SAHABATKU~



Malam Siang Berlalu
Gerhana Kesayuan
Tiada Berkesudahan
Detik Masa Berlalu
Tiada Berhenti Oh Syahdunya

Sejenak Kuterkenang
Hakikat Perjuangan
Penuh Onak Dan Cabaran
Bersama Teman-Teman
Harungi Kehidupan Oh Indahnya

Berat Rasanya Di Dalam Jiwa
Untuk Melangkah Meninggalkan Semua
Kasih Dan Cinta Yang Terbina
Ia Akan Selamanya

Selamat Berjuang Sahabatku
Semoga Allah Berkatimu
Kenangan Indah Bersamamu
Takkan Ku Biar Ia Berlalu
Berjuanglah Hingga Ke Akhirnya
Dan Ingatlah Semua Ikrar Kita

Hati Ini Sayu Mengenangkan
Sengsara Di Dalam Perjuangan
Jiwa Ku Merana Dan Meronta Mengharapkan
Kedamaian Dan Jua Ketenangan

Tetapi Ku Akur Pada Hakikat
Suka Dan Duka Dalam Perjuangan
Perlu Ketabahan Dan Kekuatan



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails