Sunday, August 8, 2010

PANGGILAN RAMADHAN DATANG LAGI...



AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN.....

Akhirnya....bulan penuh keberkatan datang lagi...
InsyaAllah....pada 11 Ogos 2010 bersamaan 1 Ramadhan 1431 H....
semua umat islam akan melaksanakan rukun islam ke-3...
iaitu berpuasa di bulan ramadhan...
alhamdullillah...aku bersyukur pada Allah...
kerana dengan izin-Nya...
aku masih bernyawa dan masih berpeluang menikmati keindahan Ramadhan...
Semoga bulan ini lebih baik dari bulan-bulan yang sudah aku lalui....insyaAllah....



PERKONGSIAN : KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-



perkongsian dari :
http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Ramadhan.html

~KERINDUAAN ANAK PERANTAUAN~



Terdetik di hati satu rasa yang amat mencengkam jiwa...
Hampir berbulan tidak ku lihat wajah ceria itu....
Ku tinggal jauh demi cita-cita...
Yang ku hadiahkan saban hari hanya doa peneman kerinduaan...
Duhai hati....
Betapa aku merindui insan tersayang...
Yang selama ini membesarkan dan mendidik diri...
Buat ummi dan ayah serta emak tersayang....
Aku amat merinduimu...
Bila saat ramadhan menjengah tiba...
Hati lebih terasa sayu...
Entah mengapa...
Cuma yang pasti kerinduaan amat dirasai...
Walau tiap hari ku dengar suaramu dari jauh....
Tapi hati ini masih rindu....
Ingin benar menciummu....
Ingin benar memelukmu....
Hati terlalu rindu...
Mengalir air mata kerinduan tika tangan ditadah....
Doa kudusku buatmu....
Ya Allah.........aku amat merindui kedua orang tuaku...
Pelbagai cerita inginku kongsi bersama....
ingin ku lihat senyuman mereka....
Duhai betapa aku merindui.........

Monday, August 2, 2010

~MUHASABAH CINTA~

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu

Tuhan baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu

Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doa ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi Muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu

~EdCoustic-Muhasabah Cinta~


Bait-bait lirik yang mengajar diri terus bersyukur dan bersyukur atas kurniaan nikmat sihat dan segala nikmat ke atas diri kita...DIA menguji kita kerana tidak mahu kita terus lalai...sabar atas segala dugaan...rasai kasih sayang-Nya yang tidak pernah luput dan terus mekar...tiada seindah kesucian cintaku pada-Mu Ya Ilahi...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails