Wednesday, October 13, 2010

Apakah Nilai Kehadirannya??



Terasa rindu untuk menaip bait-bait kata bagi perkongsian bersama...
jadual kuliah yang agak padat...
tambahan lagi dengat aktiviti-aktiviti lain sebagai pelakar waktu-waktu terisi...
menjarakkan sedikit masa untuk melawati lembaran ini untuk menulis...
hati terasa ingin tapi pembatasan waktu membuatkan ku kuburkan hasrat...
sementara ade kelapangan..
aku titipkan sedikit perkongsian di laman ini....
sebagai tarbiyah diriku dan sahabat-sahabat tersayang...







Mungkin luas skopnya bila kita menyebut 1 nama yang terlalu dekat di hati insan bernama anak...pelbagai pangilan untuk seorang insan mulia yang telah menumpangkan kita di dalam rahimnya selama 9 bulan 10 hari...dibawa ke sana ke sini...tidak tinggalkan kita sendiri...itulah insan bernama IBU...ada yang memanggil ummi, mak, mama, mummy, ma, mek atau sebagainya...dialah jua yang melahirkan kita di dunia ini...ikatan cinta suci dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada kita anaknya...biarkan berlapar asal anak selesa...biarkan tidak tidur malam asalkan anaknya ada yang jaga tika sakit...biarkan letih selubungi dari asalkan anaknya dapat yang diingini...sanggup penuhi apa yang anak perlukan...ibu mana yang tidak mahu anaknya bahagia?? ibu mana yang ingin lihat anaknya susah?? Ibu tetap ibu...yang punyai naluri yang halus...penuh kasih sayang...marahnya bukan benci tapi terlalu sayang...tegurannya bukan menyampah tapi cintanya ibu kepada kita...itulah ibu....


Renungan Bersama :

Pernah sekali aku terdengar perbualan seorang anak perempuan dengan seorang insan bernama ibu melalui telefon...bukan niat ingin mengambil perhatian atas perbualan mereka tetapi aku jua seorang anak yang merindui ibu yang jauh di mata...tetapi.....yang tidak sedap didengar...bagaimana seorang anak bercakap begitu kasar dengan ibunya?? Tergamak hati seorang anak...luluh hatiku tika itu...tidak apa yang terfikir lagi...istihgfar terus ku ucap basah di bibir...terbayang muka ummi dan mak yang jauh di kampung...tidak rindukah si gadis itu pada ibunya?? tidak terfikirkah gadis itu ibunya merinduinya?? Bila anak belajar jauh...ibu yang menelefon bertanya khabar...mana pergi anaknya?? Duhai anak....dari mana kau datang??? dari rahim siapa kau menumpang?? Menitis air mataku...kata-kata anak itu benar-benar mengguris hatiku...masih terdengar di telingatku setiap baris kata si gadis kepada ibunya...Ya Allah....Kau ampunilah dia...setelah talian diputuskan...aku beranikan diri mendekatinya...ku bisikkan sesuatu...


"ibu merindui kamu dan tidak meminta apa-apa pun daripada kamu...cuma ingin mendengar suara anak gadisnya yang dia rindu...bukan mendengar kata-kata sinismu pada ibu."

Dia memandangku...Aku membalasnya dengan senyuman dan mengatur langkah ke masjid untuk menunaikan solat zohor sebelum menyambung kuliah pada sebelah petang...


Perkongsian :

Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:

“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ayah kamu.”

Seorang sahabat bernama Jahimah radhiallahu 'anh datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam meminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad.

Rasulullah bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?”

Jahimah menjawab: “Ya.”

Lalu Rasulullah bersabda:

“Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya."


Semoga apa yang baik dapat dijadikan ikutan dan panduan...dan yang buruk dijadikan sempadan...jangan hampiri kemungkaran...sama-sama kita mencari cahaya Ilahi tanpa jemu...insyaAllah...Wallahualam~

Album : Kalimah Cinta
Munsyid : Aeman
http://liriknasyid.com

Ibu...bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu...

Ibu...kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Ibu...kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah, Tuhan...
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana

Senilagu: Isman Isam (Hijjaz Records)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails