Sunday, July 18, 2010

MENGGAMIT HATI....~

Aku terpandang pada satu buku yang terletak pada rak itu. Buku-bukunya tersusun rapi. Mata ku terpana memandang satu novel yang tertajuk WARKAH CINTA BERBAU SYURGA. Terasa sudah lama tidak punyai bahan bacaan sebegini. Buku-buku bergenre ilmiah menjadi pilihanku sejak akhir-akhir ini. Dari segi ilmu dunia mahupun ilmu akhirat, semuanya aku baca. Perlu aku rasa untuk menambahkan ilmu di dada. Bukan sahaja panduan untuk di dunia malah bekalan untuk akhirat. Sememangnya aku menggemari penulisan novel ini. Jika di izinkan Allah, buku tulisanku sendiri akan di terbitkan. InsyaAllah...semuanya dalam perancangan dan pembikinan. Moga perancanganku ini sejajar dengan telah direncanakan oleh-Nya. Lalu tangan ini laju mencapai novel itu.

Susunan cerita yang menarik. Kepada sesiapa yang tidak pernah ke mesir, dapat merasakan bahawa kita sedang berada di sana pada ketika membaca novel tersebut. Penulis ini benar-benar berjaya membawakan pembaca menjejaki negara timur tengah itu. Amat menarik. Konflik hati yang diselesaikan dengan cara paling sesuai sebagai seorang islam. Kembali kepada pencipta dan redha akan ketentuan takdirnya. Cara mengawal keinginan hati yang mana jika tersalah langkah bisa membawa ke arah kemungkaran dan kemudaratan berpanjangan. Seorang muslimin yang tegas penderiaannya demi islam tercinta. Perbatasan hubungan lelaki dan perempuan. Dalam penulisan ini juga, penulisan berjaya mentarbiyah pembaca dengan cara halus hasil penulisannya. Tahniah buat penulis A. UBAIDILLAH ALIAS. Terkesan di hati.

Pada pertengahan tahun 2010, sedang sibuk membeli barangan belajar untuk memasuki semester baru, kaki laju melangkah ke arah papan tanda "NOVEL". Sekali lagi hati terdorong ke situ. Mata laju mencari buku terbitan PTS atau Telaga Biru. Pandanganku sekali lagi terhenti pada buku hasil tulisan A. UBAIDILLAH ALIAS. Tangan rajin mengambilnya dari deretan novel-novel di situ. Perlukah aku membelinya? Perlu ku tanya pada ummi tersayang dan dengan izin ummi aku membeli novel yang bertajuk KALA CINTA DAN WAHYU BERSATU. Ya ALLAH....betapa terkesimanya aku ketika membaca sinopsis yang ada di belakang buku tersebut. Rupanya buku ini sambungan kepada buku WARKAH CINTA BERBAU SYURGA. Pasti ada sesuatu yang lebih menarik.

Terdapat banyak bait-bait kata yang menyentuh jiwa. Terkadang bagaikan berada di tempat si watak. Kali ini lebih banyak yang pembaca dapat pelajari. Bagaimana mengawal rasa hati? Islam sebagai panduan sejati. Mengajar kita menghadapi dugaan yang mendatang tanpa di duga. dan sesungguhnya Hidup, Mati, Jodoh dan Pertemuan di tangan Allah. Tanpa kita pinta ia datang, tanpa kita duga ia hadir, tanpa kita impi ia menjengah tiba dan dasarnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu yang tidak kita ketahui.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails